--

Seronoknya saya membaca tulisan Cikgu Surya ini. Saya baca dengan penuh tekun dan teliti.

Jujurnya, saya berasa begitu amat gembira dan puas hati kerana saya dapat meluaskan dakwah 'baca, baca, baca; tulis, tulis, tulis' dalam kalangan pendidik di Malaysia. Tentunya dakwah ini akan mengambil masa yang panjang tetapi saya yakin dengan 'ripple effect', iaitu ilmu boleh berkembang seperti mana berkembangnya syiar Islam melalui pendakwah yang tekun dan sabar serta istiqomah.

Semoga Cikgu Surya terus istiqomah menulis dan berkarya di platform Medium ini. Ajaklah rakan-rakan pendidik yang lain supaya lebih ramai yang akan mula menulis dan akhirnya kita akan mempunyai masyarakat yang berilmu.

--

--

Abd Karim Alias
Abd Karim Alias

Written by Abd Karim Alias

A Professor of Food Technology at Univ Sains Malaysia (Malaysia) (since 1994). A strong advocate of online education and driven by a passion to share knowledge.

Responses (1)